Friday, August 13, 2010

Hati ini siapa yang nak dengar..

mengeluh sana sini..human being like me..never satisfied with everything..
Ya Allah, aku ini hamba mu yang lemah..berilah kekuatan untuk mengharungi ujian yang engkau berikan kepada ku..

lepas satu ujian berjaya aku tempuh engkau datang kan lagi ujian kepada hamba mu ini..aku menerima dengan redha..bukan niat untuk mengeluh..sekadar meluah rasa..
aku mohon kepadamu ya Allah kau panjang kan lah umur kedua Ibu bapa ku..aku ini rela menggantikan tempat Ibu ku daripada melihat adik-adik ku hilang tempat berkasih..
berat hati aku merima berita yang baru sampai ke telinga ini..
anak mana yang tak gundah hati bila Ibu disahkan sakit..sakit biasa aku boleh menerima dengan hati yang terbuka tapi meragut nyawa..biarlah aku yang menjadi galang gantinya..

berbagai pesan yang disampaikan..pada aku dia meluah rasa..
Jaga adik nanti elok-elok..
kena kuat, tak boleh jatuh..siapa lagi yang boleh jadi tempat yang lain bergantung kalau aku jatuh..
air mata yang tunggu untuk membasahi pipi, aku tahan..kalau aku yang menjadi tempat dia mendapatkan sokongan menggelabah dengan berita ini..mana lagi sokongan yang dia nak cari..
hidup nanti jangan suka membazir..
kebajikan adik-adik mesti diutamakan
ingat..susah senang biar sama-sama..jangan bila susah je ingat adik2..bile senang adik-adik tinggal terkontang-kanting..
mati itu pasti..
cuma cepat dengan lambat..
ayat ni..aku tak sanggup dengar..
aku mengangguk lemah..
YA ALLAH kau kuat tabahkanlah hati ini menempuhi dugaan mu ini..

Nak meluah rasa pada adik-adik..
dia berpesan..jangan bagitau diorang..
adik-adik kecik lagi tak paham apa-apa..
biar diorang gembira bukan gundah gulana..
nak cari kawan..memikirkan masalah yang dah cukup membebankan mereka..
siapalah aku ini untuk menambahkan lagi bebanan mereka..
memendam rasa sendiri bukan senang untuk aku..


dia tak pernah merungut menjalankan setiap tugas..
aku yang melihat..bagai disiat-siat hati ini..
tiada lagi kah belas kasihan dari yang lain..
Ya allah..permudahkanlah segala urusannya..
kentalnya hatinya melawan rasa..
aku yang ada hanya dapat mendoakan keselamatan dirinya..
setiap kali aku merungut..
dia cakap..dia buat ni ikhlas tak harap belas orang..
biar orang susahkan kita jangan kita susahkan orang..
ingat..hidup biar berbakti jangan termakan budi..

hebatnya engkau memendam rasa..
dengan pelbagai kerenah anak-anak..kau masih utuh berdiri menjalankan tanggungjawab..
biarlah aku sendirian memendam rasa..menanggung derita..
mereka berhak bahagia seadanya..
janji ku..akan aku bimbing mereka hingga menara gading sekiranya engkau tiada..
rasa ku ini hanyalah sekelumit dari penderitaan yang kau tanggung..
siapa yang mendengar??
Yang Maha Esa sentiasa bersama..
ALLAH menjadi tempat aku bergantung...
Takkan lagi aku menelan sendirian sedih yang ada..
Sejadah pasti menjadi teman setia...tempat meluah rasa..
hati ini aku tabahkan menempuhi dugaan di depan mata..

P/S: Dugaan yang datang menguji keimanan..

No comments:

Post a Comment