Thursday, June 16, 2011

Aku penakut!! Ini FAKTA!!

setiap kali nak mengupdate blog ni
first mesti lari dari tajuk and so on..
pastu mesti merapu macam orang sawan
ok, so kali ni nak tulis dulu baru letak title..ok tak??



Setiap orang mesti ada time dia jatuh and time dia naik..
and orang selau kata bila jatuh kita kena bangun sendiri and jangan mengalah bila dah jatuh..
well that things tak berapa nak boleh pakai sangat kat aku yang pemalas sungguh ni..
dulu aku penah cakap kat mak aku
"orang akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi pemalas yang berjaya"
then mak aku cakap, nampak sangat dah tak berjaya nya tuh..mana ada orang pemalas yang nak berusaha..bersungguh-sungguh pulak tuh..
bila pikir-pikir balik..bodoh betul ayat aku tuh..hahahaha (gelak and kutuk diri sendiri)
berguling aku dok gelak bila teringat pasal ni..
ok ini bukan main point aku sebenarnya..
(aku ni ada masalah untuk fokus lah..)


recently(eceh nak berenglish lah pulak..kang tak pasal dapat anti fans..)
(aku dah lupa nak tulis apa time ni sebab mak aku panggil pi sidai baju..)
.................................................................

owh..nak cerita pasal jodoh sebenarnya..
well as everybody know..im so not into this kind of relationship..
takut??
well aku memang takut..aku tak confident and so on..
penah ada orang cakap...
"orang berani macam kau ni pun ada benda yang kau takut eh..tak sangka aku.."
aku tak kisah apa orang nak kata sebab aku ada sebab aku sendiri..
people call me rude just because i speak using aku kau
people said aku pemarah sebab suara aku kuat macam tengah marah..
sebab aku tak suka senyum orang cakap aku sombong..
semua ni apa yang orang rasa..aku nak buat macam mana..
nak marah sebab semua ni tak betul??(orang gila je buat semua ni)
aku sendiri pun ada tanggapan sendiri kat orang so aku rasa aku tak layak nak marah if diorang judge aku macam mana pun..(kan dah lari topik lagi)

KENAPA??
aku takut sangat nak ada steady relationship??
aku tak sebagus perempuan-perempuan kat luar sana..
pakej lengkap and so on..
aku ni diri sendiri pun tak terjaga lagilah nak jaga orang lain
(itu semua alasan yang aku sendiri reka :) )

First..
berboyfriend dalam islam dah cakap haram..
so ape aku nak bahas kat sini lagi..
hukum..salah cakap naya aku kena balun nanti..

"habis yang halal macam kawen kau tak pernah fikir ke??"
umur aku pun baru 20 je nak pikir sampai ke situ..
jauh lagi perjalanan aku..
(aku takut sebenarnya..)
aku pun bukan baik sangat and yes aku PERNAH ada boyfriend
PERNAH ya..bukan aku ada boyfriend..take note please..(macam tengah nak lelong diri sendiri..)

time kat sekolah aku ni kira aktif la jugak dalam sukan..
p wakil sini sana untuk acara trek..
(banyak kali kena underestimate sebab aku pakai tudung..racist sungguh mereka ni...)
and kenal lah ramai orang..and dapat lah boyfriend..
time skolah takde bf macam loser lah..well budak-budak...fikiran pun tak matang..
orang cakap aku ni untung sebab semua ada..
pandai, kaya, cantik, aktif sukan and bla..bla..bla..
kira macam aku ni perfect..
itu hanya apa yang diorang nampak..
the truth..
aku tak sesihat manusia biasa yang normal..
everytime aku keluar kat public aku akan end up sakit ( demam, and macam-macam which aku penah kena masuk ward sebab semua ni)
sebab tu lah aku prefer duduk rumah dari keluar hang out dengan kawan..
bukan aku taknak but..kesihatan lagi peting weyh..

and sebab ni jugaklah aku kena tinggal dengan lelaki-lelaki yang mengaku konon nak sehidup semati(ayat nak power je..)
masa nak break tu konon cakap
"ada orang yang lebih baik untuk u..I tak layak untuk u.."
padahal..weyh sapa suka ada awek sakit macam dia..(aku dengar dari mulut mereka ..kebetulan..)
since aku pun orang panggil minah kebal..takda perasaan..hati macam ais..
takda lah nak terasa sangat sebab dah benda betul..
macam orang sawan lah pulak kalau nak marah-marah kan..(kena banyak kali jugaklah benda ni..sebab tu aku end up jadi takut..hahaha)
tapi aku tekad..taknak jadi beban kat orang lain..
menyendiri dalam dunia sendiri..
lamalah jugak..tak bangun dari mimpi yang aku sendiri reka..
leka sampai aku berubah 360 darjah..


(aku jatuh tak bangun-bangun dah )

ubat memang kawan baik aku..dia lah yang paling sejati..
sekali pun taknak tinggal..manja sungguh..
aku tak mintak pun lahir macam ni so please jangan layan aku macam aku takda perasaan..
aku pun manusia..
aku memang akan avoid relationship tapi aku tak kisah kalau kawan..
beban aku aku pikul sendiri..takpayah orang lain nak share..
aku selalu cakap macam tu..
and im sorry if itu menyakitkan hati orang-orang yang terkena..

aku senyum setiap kali ada masalah tak bermakna aku sekuat besi..
aku ketawa bila sakit tak bermakna aku ni segagah pahlawan..
aku independent tak bermakna aku ni tak perlu kasih sayang..
it takes time to me to trust someone :)

bila orang tanya orang macam mana aku suka..
aku jawab
se perfect bapak aku...
se sporting ibu aku..
se caring mak aku..
prihatin macam abah aku..
romantic macam papa
penyabar macam mummy


P/S: orang yg fulfill semua ni..masuk meminang gerenti aku tak tolak :)

2 comments:

  1. abaikan saje mulut yang bercakap tu.
    mulut manusia, mane dapat nak tutup nurul.
    dgn kitorang takde guna aku kau pun.
    comel jer pakai name or 'u i' kan? hik hik hik

    saje nak bagitau, syara ade ape? dok payah nak sibuk2 pikir orang yg tak pikir kita.
    i love u, friend.

    world peace!

    ReplyDelete
  2. nurul...
    smua org ada kekurangan masing2, kelebihan masing2. smua org takde hak nak judge awk, sebab yang hanya mampu judge kte smua adalah Allah SWT. Jadi, bila org judge awk yg bukan2 ke, abaikan. Biar dorang nak cakap ape. Mungkin kelemahan dalam diri kita itu nanti yg akan dapat mengangkat darjat kita di sisi Allah mahupun di sisi manusia satu hari nanti. Jangan putus asa. Jangan jadikan ape yg org cakap tu sebagai sesuatu yg melemahkan awak. erm pasal jodoh tu, serahkan pada Allah. Setiap org dah ada jodoh masing2 kan? Percaya pada Allah bahawa perempuan2 yg baik adalah utk lelaki yg baik & lelaki yg baik adalah utk perempuan yg baik. lambat atau cepat, biarla Dia yg tentukan. Apa yg penting, selalulah berdoa supaya dapat jodoh yg soleh.

    p/s : sori dah mcm kaunselor plak. saya pun dah susah nak percaya dkt lelaki. tengah tggu Allah nak hantar siapa utk saya ;)

    ReplyDelete